11 April 2016 | Aktiviti TerkiniKlik Dengan Bijak: Tayangan Video Dan Taklimat
Pada 10 April 2016 bertempat di dalam Bilik Latihan PI Padang Besar Selatan telah berlangsung Kempen Klik Dengan Bijak : Tayangan Video dan Taklimat. Kempen tersebut diadakan bermula pada jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak dan belia. Tayangan video dan taklimat dijalankan sepanjang kempen ini dijalankan.
Kempen "Klik Dengan Bijak" adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan "Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni" sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Dengan adanya aktiviti ini, diharap para peserta dapat menggunakan internet dengan cara yang lebih berkhemah dan beretika.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: